Sukan Paralimpik Musim Panas 2020
Sukan Paralimpik Musim Panas 2020

Sukan Paralimpik Musim Panas 2020

Karin MorisakiSukan Paralimpik Musim Panas 2020 (Bahasa Jepun: 2020年夏季パラリンピック会, Hepburn: 2020-Nen Kaki Pararinpikku) lebih dikenali sebagai Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ialah acara sukan utama akan datang bagi atlet kurang upaya yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. Dijadualkan sebagai Sukan Paralimpik Musim Panas ke-16, kejohanan ini dijadualkan diadakan di Tokyo, Jepun dari 24 Ogos hingga 5 September 2021.[1] Acara ini sebelumnya dijadualkan berlangsung dari 25 Ogos hingga 6 September 2020. Walau bagaimanapun, pada 24 Mac 2020, pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo secara rasmi mengumumkan bahawa Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2020 ditunda ke tahun 2021 kerana masalah pandemik COVID-19, menandakan kali pertama Sukan Paralimpik ditangguhkan. Meskipun begitu, acara ini masih akan dipasarkan secara terbuka sebagai Paralimpik Musim Panas 2020 sungguhpun dengan penundaan penjadualan selama satu tahun.[2]

Sukan Paralimpik Musim Panas 2020

Upacara pembukaan 24 Ogos 2021
Penyertaan atlet 4,537
Stadium utama Stadium Tokyo
Acara 539 dalam 22 sukan
Bandar tuan rumah Tokyo, Jepun
Penyertaan negara 163
Obor paralimpik Yui Kamiji

Karin Morisaki

Shunsuke Uchida
Pembukaan dirasmikan oleh Maharaja Naruhito
Upacara penutupan 5 September 2021
Cogan kata United by Emotion
(Bahasa Jepun: 感動で、私たちはひとつになる
Bahasa Melayu: Bersatu atas emosi

Rujukan

WikiPedia: Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 http://www.miamiherald.com/2013/09/07/3612512/2020... http://tokyo2020.jp/en/ https://www.asahi.com/articles/ASL7M6G4WL7MUTQP035... https://olympics.com/tokyo-2020/paralympic-games/e... https://www.theguardian.com/sport/2020/mar/30/toky... https://www3.nhk.or.jp/news/html/20180228/k1001134... https://tokyo2020.jp/en/games/venue/paralympic/ https://web.archive.org/web/20190323134658/https:/... https://www.olympic.org/news/joint-statement-from-... https://tokyo2020.org/en/games/mascot/